
EMPAT kilang dan 20 premis perniagaan telah diarahkan tutup kerana melanggar arahan kerajaan dan operasi prosedur standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD).
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sehingga semalam, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan 5,785 pemeriksaan ke atas kilang, 15,388 premis perniagaan, 569 tapak pembinaan dan 297 asrama penempatan pekerja.
“Secara kumulatifnya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 89,136 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,625 orang.
“Sehingga semalam juga, secara kumulatifnya sebanyak 151,773 premis peniagaan telah diperiksa, kilang (25,970), tapak pembinaan (1,847) dan asrama penempatan pekerja (812),” katanya dalam kenyataan, hari ini. – Malaysiapost
