Aiman Hanif
KERAJAAN akan memanggil sidang Parlimen sebelum 1 Ogos seperti mana titah Yang di-Pertuan Agong, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri(Parlimen&Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Jelas Takiyuddin, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat keputusan untuk memanggil sidang Parlimen sebelum 1 Ogos.
“Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam
semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung dengan persidangan Parlimen.
“Sehubungan dengan itu Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan memanggil sidang Parlimen Malaysia
secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.
“Perkara ini akan dimuktamadkan
dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Julai 2021,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada 29 Jun, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Tuanku berpandangan, persidangan itu perlu dilakukan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard COVID-19 yang ditetapkan Kerajaan dan Parlimen Malaysia.
Jelas beliau lagi, Tuanku Baginda mengambil ketetapan itu setelah mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara, awal hari ini.- Malaysiapost

