Kerajaan perlu semak kegagalan ‘total lockdown’

0
1

KERAJAAN wajar menyemak semula pelaksanaan “Total Lockdown” ketika ini yang gagal memberi hasil seperti mana yang diharapkan dan negara masih mencatat peningkatan kes Covid-19, kata Exco Pemuda Umno, Mustafa Shah Abdul Hamid.

Sehubangan itu, beliau berpandangan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur yang bermula esok, akan memberi tekanan kepada rakyat yang sememangnya telah rimas dengan pelaksanaan PKP yang berpanjangan ini.

“PKP yang panjang bukan saja memberi kesan kepada norma hidup masyarakat, sebaliknya juga memberi kesan kepada ekonomi rakyat khususnya peniaga kecil dan mereka yang bergaji hari. Sampai bila kita harus dalam keadaan begini sedangkan rakyat semakin hari semakin menderita.

“Pelaksanaan PKP separuh masak dan kegagalan kita mengawal operasi kilang merupakan punca utama kepada peningkatan kas Covid-19 di negara ini khususnya Lembah Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, beliau meminta kerajaan untuk melakukan post mortem bagi mengenal pasti perkara ini khususnya membabitkan operasi kilang dan tapak pembinaan ketika PKP.

Katanya, operasi kilang dan tapak pembinaan ketika PKP perlu diberi perhatian serius dan diteliti pengoperasiannya kerana ada di kalangan mereka yang masih beroperasi meskipun puluhan kakitangan disahkan positif Covid-19.

“Malah, ada sebahagian kilang dan tapak binaan tidak melaporkan mengenai kes positif Covid-19.

“Justeru, ini yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan termasuk mempercepat usaha vaksinasi pekerja-pekerja kilang dan tapak pembinaan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here