“Rakyat Kuala Nerus tidak perlu angkat bendera putih”

0
1

AHLI Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali meminta individu di Parlimen diwakilinya yang memerlukan bantuan agar menghubungi pasukan gerak kerjanya untuk tindakan lanjut.

“Rakyat di Kuala Nerus tidak perlu angkat bendera putih.

“Cukuplah pasukan kami mengetahui kesusahan anda. Tugas anda ialah meminta bantuan apabila diperlukan dan tugas kami ialah membantu anda.

“Terkini kami telah menerima 7,300 permohonan bantuan dalam bulan Jun dan sebanyak 5,810 telah menerima bantuan mereka menerusi JPKK masing-masing.” Katanya dalam hantaran Facebook hari ini.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu berkata sesiapa yang memerlukan bantuan boleh menghubungi wakilnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk melaporkan kesusahan dialami jiran-jiran sekeliling.

Berikut adalah senarai nombor telefon DUN yang boleh dihubungi:

  1. Dun Buluh Gading Ustaz Yusrizal +6013-9267731
  2. Dun Tepoh En Yusof +6013-9287731
  3. Dun Bukit Tunggal Ustaz Azzam +6019-9367731
  4. Dun Seberang Takir En Azmi +6019-2937731

Sementara itu, beliau berkata kepada perantau di luar Kuala Nerus yang memerlukan sumbangan boleh menghubungi Amir di talian 0192917731.

Sejak beberapa hari lalu, kempen mengibarkan bendera putih sebagai isyarat memerlukan bantuan dilaksanakan sebagai inisiatif untuk mengambil berat situasi jiran di sekeliling ketika pandemik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here