Sharnaaz Ahmad ajak orang ramai bantu mereka yang kibar bendera putih

0
2
Sharnaaz Ahmad

KEMPEN mengibar bendera berwarna putih yang tular di laman sosial sejak kelmarin mendapat reaksi positif apabila pelbagai tampil menyatakan sokongan.

Usaha itu telah memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan bantuan apabila mereka segera dibantu selepas mengibarkan bendera putih di halaman rumah.

Kempen itu turut mendapat perhatian pelakon, Sharnaaz Ahmad yang menyatakan kesediaan untuk membantu mereka yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Menerusi ciapan di Twitternya, pelakon berusia 35 tahun itu mengajak orang ramai untuk memberikan maklumat kepadanya jika ternampak mana-mana keluarga atau individu yang mengibarkan bendera putih.

“Sesiapa yang anda nampak kibar bendera putih boleh wassap (WhatsApp) no ni 01128995617. Tak banyak ada.. 100 bungkus saja untuk sekarang, ikhlas dari team Mamu Legacy dan Sharnaaz Ahmad TV,” tulisnya.

Sharnaaz turut mengalu-alukan orang ramai untuk menghubungi nombor telefon yang ditinggalkannya jika mahu memberikan sumbangan untuk disampaikan kepada mereka yang memerlukan.

“Nak sumbang pun boleh wasaap number tu ya… tolong share untuk pahala free. Ada rezeki kita bagi lagi,” katanya.

Insiatif bendera putih itu adalah sebagai usaha mengelak mereka yang terkesan akibat pandemik agar tidak mengambil tindakan yang merugikan diri sendiri dan insan tersayang.

“Saya nasihatkan kepada semua yang susah, tiada makanan, naikkan bendera putih di rumah anda. Biar orang di sekeliling memberi sedikit sebanyak yang termampu.

“Jangan ambil tindakan merugikan diri-sendiri dan keluarga. Elakkan stres, berkongsilah masalah dengan orang ramai. Tidak perlu merayu.

“Tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih. Semoga ada yg datang membantu,” tulis di sebaran infografik kempen tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here