Tiga lokaliti di PJ antara dilaksanakan PKPD

0
1
Suasana hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Permai, Sungai Besi ketika tinjauan Malaysiapost hari ini.

BEBERAPA lokaliti di beberapa negeri di arah untuk menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa 1 hingga 14 Julai ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD itu untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan.

Lokaliti yang diarahkan PKPD 14 hari itu adalah seperti berikut:

Tiga lokaliti di Petaling Jaya, Selangor melibatkan Mentari Court, PJS 8, Taman Perumahan SS 91A, Sungai Way dan Pangsapuri Westlite, PKNS.

Dua lokaliti di Kuala Lumpur melibatkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria dan Taman Bukit Angkasa.

Kampung Kubang Jela, Mukim Manir, Kuala Terengganu; dan Kampung Balung Cocos, Tawau, Sabah. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here