SERAMAI 1,805,367 individu telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam.
Perkembangan itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi ciapan di laman Twitter hari ini.
Katanya, seramai 4,749,133 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam ialah 6,554,500 dos.
Lima negeri mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor iaitu 237,662 diikuti Johor (192,501), Sarawak (189,280), Perak (165,932) dan Kuala Lumpur (157,393).
Sementara itu Dr Adham berkata, sebanyak 252,773 dos diberikan semalam berbanding 250,529 dos hari sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 174,448 adalah penerima dos pertama. – Malaysiapost

