Hospital Ampang berstatus rawatan Covid-19 sepenuhnya

0
3

HOSPITAL Ampang yang sebelum ini berstatus Hybrid Covid-19 akan bertukar kepada hospital rawatan pesakit Covid-19 sepenuhnya (Hospital Full Covid-19) berkuat kuasa semalam.

Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata, keputusan tersebut diputuskan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) berikutan jangkitan Covid-19 yang tinggi terutamanya membabitkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan di zon wilayah tengah.

“Situasi ini menyebabkan purata penggunaan katil di hospital-hospital zon wilayah tengah melebihi kadar maksimum sehingga Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Bersepadu Maeps 2.0 menghadapi kesukaran untuk merujuk pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan lanjut di hospital.

“Secara keseluruhannya, kini terdapat dua hospital yang akan beroperasi sebagai Hospital Full Covid-19 di Selangor iaitu Hospital Sungai Buloh dan Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Dr Sha’ari menjelaskan semua rujukan pesakit bukan Covid-19 dari fasiliti lain ke Hospital Ampang perlu dihentikan sementara waktu mulai Rabu bagi memberi ruang kepada Hospital Ampang menerima pesakit Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here