Tunaikan 5 tuntutan sebelum sambung PKP3.0 – Pemuda Umno

0
1

PEMUDA Umno berharap kerajaan mempertimbangkan lima tuntutan yang dicadangkan pihaknya demi kelangsungan hidup rakyat, sebelum menyambung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, apa jua keputusan diambil kerajaan sama ada meneruskan PKP 3.0 atau ‘Total Lockdown’, tuntutan itu perlu dipenuhi terdahulu.

“Tuntutan-tuntutan ini perlu dipenuhi kerana rakyat kini amat tertekan dan terdesak.

“Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN) merayu buat kesekian kalinya kepada Perdana Menteri dan Kerajaan PN untuk (penuhi) lima tuntutan tersebut,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, tuntut pertama adalah bantuan tunai tambahan iaitu termasuk mempermudahkan rayuan penerima program Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kali kedua yang dinafikan.

“Kedua, moratorium automatik secara menyeluruh tanpa caj atau faedah tambahan melibatkan juga B40, M40 dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ketiga, i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0, keempat, diskaun bil-bil utiliti dan terakhir, kawalan harga barangan asas yang mencanak naik,” katanya.

Sementara itu, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat menyokong lima tuntutan yang disaran oleh Asyraf Wajdi itu.

“Sekiranya masih gagal membendung Covid-19 selepas tempoh 45 hari pelaksanaan PKP 3.0 dan 23 hari bagi Total Lockdown, sekurang-kurangnya bantulah rakyat sekarang juga, jangan tunggu lagi.

“Akhir bulan menjelang. Setiap rumah tangga perlu berdepan dengan banyak komitmen,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here