Tempoh 14 hari diputuskan secara bersama – Ahmad Maslan

0
1
ahmad maslan

KEPUTUSAN Umno memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan untuk membuka semula Parlimen adalah keputusan besar dibuat parti itu secara bersama, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurutnya, ia susulan Mesyuarat Biro Politik Umno yang diadakan secara maya pada Ahad lalu yang dihadiri semua anggota biro kecuali seorang Naib Presiden.

“Mesyuarat Biro Politik secara maya pada Ahad lalu dihadiri 25 daripada 26 orang kecuali seorang Naib Presiden (Datuk Seri Mahdzir Khalid) yang kurang sihat.

“Pagi Isnin, Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) keluarkan kenyataan media berhubung keputusan mesyuarat. ‘Style’ Zahid ialah keputusan besar dibuat secara bersama,” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Dalam satu lagi ciapan, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian memaklumkan Biro Politik Umno dianggotai Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, Setiausaha Agung Umno, Setiausaha Agung Barisan Nasional, Ketua Penerangan, Bendahari, 13 Pengerusi Perhubungan Negeri dan Setiausaha Kerja Umno.

Semalam, Ahmad Zahid membuat kenyataan, Umno memberi tempoh 14 hari kepada kerajaan bagi membuka Parlimen susulan pandangan Yang di-Pertuan Agong bahawa Parlimen harus bersidang secepat mungkin.

Menurutnya, kegagalan kerajaan berbuat demikian akan mendorong parti itu mengadakan mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) bagi mengambil tindakan sewajarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here