DENMARK mara ke saingan 16 pasukan terakhir selepas menundukkan Rusia 4-1 dalam aksi Kumpulan B Euro 2020 di Stadium Parken, Copenhagen.
Selepas tewas dalam dua perlawanan berturut-turut, Denmark bangkit menunjukkan persembahan luar biasa untuk mengakhiri saingan kumpulan B di kedudukan kedua.
Ia sekali gus menyaksikan pasukan kendalian Kasper Hjulmand itu akan mengiringi Belgium sebagai wakil kumpulan B dan akan menentang Wales di pusingan 16 pasukan terakhir.
Dalam perlawanan itu, Mikkel Damsgaard meletakkan Denmark di hadapan pada minit ke-38 sebelum Yussuf Poulsen menggandakan kedudukan pada minit ke-59.
Rusia yang hanya memerlukan keputusan seri untuk mara cuba bangkit menerusi gol penalti Artem Dyzuba pada minit ke-70, namun pemain pertahanan Denmark, Andreas Christensen mematikan langkah Rusia dengan gol ketiga pada minit ke-79.
Pemain pertahanan kanan Denmark, Joakim Maehle memastikan kemenangan bergaya buat pasukan itu menerusi gol keempat pada minit ke-82.

