Tak perlu tunggu Parlimen bersidang, segerakan bantuan rakyat

0
1

PEMUDA Umno mendesak kerajaan tidak menunggu Parlimen bersidang bagi memberi bantuan kepada rakyat yang kini terhimpit susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata rakyat ketika ini amat tertekan kerana kehilangan pendapatan selain tidak boleh berkerja bagi membayar hutang bulanan termasuk ansuran sewa rumah dan kereta.

“Jika kerajaan cakna dengan keperitan rakyat ketika ini, tidak perlu tunggu Parlimen bersidang.

“Luluskan sahaja Bantuan Tunai Tambahan, Moratorium automatik secara pukal tanpa caj tambahan, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan Diskaun Bil-Bil Utiliti sepanjang rakyat dikurung waktu PKP ini,” katanya menerusi Facebook hari ini.

“Rakyat amat tertekan ketika ini! Tak boleh bekerja, pendapatan tiada, sewa terpaksa dibayar, ansuran bulanan kena bayar, terkurung di rumah bil-bil mencanak naik,” katanya.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi memberikan 10 cadangan tambahan berasaskan harapan rakyat merujuk kepada Pelan Pemulihan Negara Menangani Covid-19.

Antara yang dinyatakan termasuk bantuan dan kemudahan bersasar pada setiap peringkat fasa pemulihan, insentif gaji, bantuan tunai dan suntikan modal kepada industri terkesan, bantuan tunai tambahan, bantuan khas untuk rakyat.

Selain itu, pihaknya juga mencadangkan moratorium secara automatik, kemudahan pengeluaran i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0, diskaun ke atas pembayaran asas bil serta mendesak Parlimen bersidang segera selain menamatkan darurat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here