Szczesny kantoi hisap rokok sebelum lawan Sepanyol

0
1

PENJAGA gol Poland, Wojciech Szczesny kantoi menghisap rokok beberapa jam sebelum perlawanan Euro 2020 menentang Sepanyol.

Szczesny dikesan menghisap sebatang rokok ketika beliau meninggalkan hotel tempat pasukan itu menginap, lapor The Irish Sun Sport.

Kejadian berlaku ketika barisan pemain Poland bersedia untuk berlepas ke Seville untuk bertemu Sepanyol.

Szczesny yang juga penjaga gol Juventus itu juga dilihat membawa sebungkus rokok di luar bas pasukan.

Bagaimanapun, tabiat merokok bukan sesuatu yang baru bagi Szczesny, malah pernah melakukannya ketika bersama Arsenal dahulu dan pernah didenda £20,000 (RM114,354).

Dalam perlawanan itu, Poland mengikat pasukan Sepanyol bimbingan Luis Enrique 1-1 sekali gus menghidupkan peluang untuk mara ke peringkat seterusnya.

Anak buah Paulo Sousa pada awalnya ketinggalan satu gol menerusi jaringan Alvaro Morata pada minit ke-25.

Namun ayam tambatan mereka, Robert Lewandowsky menyamakan kedudukan menerusi tandukan cantik pada separuh masa kedua. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here