Jawatankuasa khas, bukti jiwa besar PM selamatkan rakyat

0
1
muhyiddin yassin

TINDAKAN kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang bagi meneliti aspek penting sebelum persidangan Parlimen, membuktikan kesediaan Perdana Menteri mewujudkan ‘genjatan sementara politik’.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Malaysia (Ummah), Mohd Zai Mustafa, berkata ia sekali gus menunjukkan kerterbukaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi meredakan suhu panas politik sebagaimana yang dizahirkan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu.

Beliau berkata, kesediaan dan komitmen segera Perdana Menteri menunjukkan kesepaduan dan kerjasama erat dengan Yang di-Pertuan Agong yang mengutamakan keprihatinan dan kesejahteraan rakyat.

“Jiwa besar ditunjukkan Perdana Menteri bagi mengutamakan agenda menyelamat rakyat dan negara dari wabak Covid-19 adalah lebih besar daripada kepentingan politik peribadi dan kepartian sebagaimana yang dizahirkan Agong.

“Ummah menyokong supaya pembukaan Parlimen dengan segera dan segala prosesnya sewajarnya selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negara,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri berkata, sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang telah dibentuk untuk meneliti aspek-aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.

Beliau memberikan komitmen bahawa keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam jawatankuasa berkenaan.

“Saya minta jawatankuasa yang dianggotai wakil-wakil kerajaan dan pembangkang untuk nilai perkara berkenaan, dan selepas itu barulah mereka maklumkan kepada saya sama ada sudah bersedia atau tidak untuk memulakan sidang Parlimen.

“Sama ada persidangan akan dibuat secara hibrid atau fizikal, ini akan dirujuk kepada peraturan tetap yang ada sekarang,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Muhyiddin Yassin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here