PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tanpa bantuan sewajarnya daripada kerajaan menyebabkan kehidupan rakyat ketika ini semakin terhimpit.
Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyaraf Wajdi Dusuki, berkata suasana ketika ini berbeza berbanding PKP 1.0 kerana pada waktu itu rakyat masih mempunyai baki wang simpanan untuk menampung keperluan hidup.
Katanya, namun apabila PKP berterusan sehingga kali ketiga, semua wang simpanan termasuk duit daripada pengeluaran i-Sinar dan i-Lestari yang digunakan untuk membina memmulakan perniagaan dan kehidupan baru ‘musnah’.
“Saya sedikit terkilan membaca komentar-komentar sinis rata-rata samaada daripada cybertrooper berbayar JKOM mahupun segelintir pendokong Bersatu dan PN yang mempertikaikan usaha Pemuda Umno dan BN.
“Kerana kami berterusan mendesak Kerajaan dalam memperjuangkan isu-isu kebajikan rakyat terutamanya Moratorium, i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0, diskaun bil elektrik dan bantuan tambahan dalam bentuk tunai dan makanan asas kepada rakyat ketika PKP yang tidak berkesudahan ini,” katanya dlaam hataran Facebook.
Asyraf berkata, beliau menerima ribuan komen di status media sosialnya daripada rakyat yang berkongsi keresahan dan berada dalam keadaan tertekan dengan situasi hari ini.
“Kalaulah masih ada sekelumit rasa simpati dan perasaan kasihan belas, cubalah ambil masa baca ribuan komen-komen di setiap status yang saya kongsikan sebelum ini.
“Ini tidak termasuk ratusan mesej-mesej peribadi termasuk yang dilampirkan di status ini, yang kami terima setiap hari daripada pelbagai kaum termasuk Cina dan India, semuanya berkongsi resah, gelisah bahkan berada pada situasi yang amat tertekan dan terdesak (desperado),” katanya.
Justeru, Asyraf Wajdi berkata, disebabkan itu apabila kerajaan melaksanakan ‘total lovkdown’ walaupun separa masak, pihaknya mencadangkan bantuan segera termasuk tunai tambahan, moratorium pukal tanpa caj secara automatik, i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0 dilaksanakan.
“Kini sudah masuk minggu ketiga PKP 3.0, ramai di kalangan rakyat makin menderita dan merana. Sudahlah bantuan tunai dijanjikan hanya akan masuk akhir bulan, itupun ramai juga yang dinafikan BPN 2.0 kali ini, tuntutan i-sinar 2.0 dan i-lestari 2.0 terus dipandang sepi.
“Lebih menyakitkan hati bank-bank juga terus mengambil kesempatan dalam kesempitan rakyat dengan caj dan faedah tambahan atas moratorium yang ditawarkan,” katanya.
Asyaraf Wajid berkata, Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN)akan terus bersuara dan menggunakan pelbagai saluran demi kebajikan rakyat.
“Ini bukan soal nak jadi hero, jauh sekali akan ‘claim credit’ sebagaimana amalan sesetengah pihak. Ini soal rakyat yang hakikatnya amat susah dan tertekan.
“Biarlah apa orang nak kata tetapi yang penting rakyat dapat manfaat. Tolonglah buka mata dan buka hati untuk mendengar denyut nadi dan suara hati rakyat yang memang susah dan menderita ketika ini,” katanya. – Malaysiapost
Artikel berkaitan :

