‘Saya baik-baik saja’ – Eriksen

0
1

Bintang Denmark Christian Eriksen menyatakan bahawa dia berada dalam keadaan baik, menerusi hantaran pertamanya di media sosial sejak mengalami serangan jantung semasa perlawanan menentang Finland dalam aksi Euro 2020, Sabtu lalu.

Eriksen memerlukan bantuan awal pernafasan (CPR) di padang ketika pegawai perubatan pasukan Denmark, Morten Boesen mengakui pemain tengah Inter Milan itu telah ‘pergi’.

Perlawanan tersebut terhenti ketika kedudukan terikat 0-0 di Stadium Parken di Copenhagen ketika pemain berusia 29 tahun itu rebah tanpa sesiapa mencabarnya.

Pemain dan peminat Denmark menangis ketika petugas perubatan bergegas memberikan rawatan, dengan rakan sepasukannya membentuk perisai di sekelilingnya ketika prosedur sedang dijalankan.

Menulis di Instagram pagi ini, Eriksen berkata: “Hai semua.
“Terima kasih banyak untuk ucapan dan kata-kata manis dan menakjubkan dari seluruh dunia. Ini sangat bermakna bagi saya dan keluarga.

“Saya baik-baik saja. Saya masih perlu menjalani beberapa pemeriksaan di hospital, tetapi merasa baik-baik saja.

“Sekarang, saya akan memberi semangat kepada pasukan Denmark pada perlawanan seterusnya. Main untuk seluruh Denmark,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here