Makcik lintas jalanlah, bukan hantu

0
1

MISTERI video tular memaparkan kelibat ‘lembaga’ melintas jalan pada jam 3 pagi yang dirakam menerusi kamera perakam video (dashcam) kini terjawab.

Kelibat yang dilihat melintas jalan di Jambatan Binjai Manis di Ketereh, Kelantan itu sebenarnya adalah seorang wanita warga emas.

Identiti individu terbabit didedahkan pengendali laman Facebook Hello Kelantan yang memuat naik gambar wanita warga emas terbabit hari ini.

Namun tidak dinyatakan maklumat lengkap warga emas tersebut seperti umur dan asal serta tujuan dia berada di jalan raya pada awal pagi yang hening.

“Ni makcik yang dipercayai ditemui pada awal pagi di kawasan Jambatan Binjai Manis Ketereh pukul 3 pagi. Video makcik ni menjadi viral di media sosial baru-baru ni sehinggakan menimbulkan pelbagai persepsi.

“Bahaya berjalan seorang diri malam-malam. Apapun Semoga Allah panjangkan dan permudahan urusan makcik,” tulis hantaran itu.

Terdahulu video berkenaan yang dirakam melalui dashcam sebuah kenderaan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Malah, ada netizen yang menyifatkan kelibat warga emas tersebut adalah makhluk halus kerana mustahil seorang wanita melintas jalan sendirian di kawasan sunyi pada jam 3 pagi. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Hello Kelantan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here