Individu ditahan ingkar SOP lebih 800 orang sehari – Ismail Sabri

0
1

PEMANTAUAN operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih terus ditingkatkan dengan penguatkuasaan dilaksanakan secara holistik membabitkan semua peringkat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bagi memastikan tren penurunan jangkitan Covid-19 berterusan.

“Sejak pelaksanaan total lockdown atau sekatan perjalanan penuh yang bermula 1 Jun lalu, kes baharu Covid-19 mula menunjukkan penurunan.

“Semoga trend positif ini akan berterusan sehinggalah kita dapat mengekang sepenuhnya penularan pandemik ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, namun begitu sejak akhir-akhir ini menyaksikan jumlah individu yang ditahan atas pelanggaran SOP masih tinggi iaitu melebihi 800 orang sehari.

“Justeru, saya berharap agar kita semua patuhi SOP yang ditetapkan kerana tanggungjawab mengekang penularan Covid-19 memerlukan kerjasama segenap lapisan rakyat,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here