Skala Gred SPM tular di FB bukan milik Lembaga Peperiksaan

0
1

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan mengenai satu hantaran Facebook ‘Skala Gred SPM’ yang tular dalam media sosial itu adalah milik Lembaga Peperiksaan.

KPM dalam kenyataan malam tadi, berkata ia merujuk hantaran Facebook milik ‘MamaMia Mia’ semalam mengenai Skala Gred SPM dengan kapsyen ‘Patut aku pelik budak2 sekarang berderet A’ #bilasekolahdipolitikkan”

“Adalah ditegaskan bahawa yang tular tersebut adalah bukan milik Lembaga Peperiksaan.

“‘Skala Gred SPM’ tersebut menggambarkan seolah-olah ia gred pemarkahan sebenar SPM tahun 2020 dan boleh mengelirukan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan calon peperiksaan tersebut,” kata kenyataan itu.

Menurut KPM, hantaran tersebut mencemar imej, kewibawaan dan kredibiliti Lembaga Peperiksaan sebagai badan pentaksiran negara dan menggugat ketenteraman awam.

“Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan polis pada jam 10.31 malam, 11 Jun 2021 serta laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi siasatan lanjut, “ katanya.

Difahamkan, skala gred yang kini tular itu menunjukkan jadual skala markah diturunkan, antaranya untuk Matematik Tambahan, pelajar mendapat A- meskipun memperoleh skor hanya 50, manakala Bahasa Inggeris dan Melayu, dengan skor 66, pelajar memperoleh A.

Terdahulu, KPM mengumumkan Gred Purata Nasional (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 menunjukkan peningkatan 0.6 mata iaitu sebanyak 4.80 berbanding 4.86 bagi SPM 2019.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pencapaian GPN 4.80 itu adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun.

Pencapaian pada 2019 adalah 4.86 manakala 4.89 pada 2018, 4.90 (2017) dan 5.05 (2016). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here