Pengadil bantu kemenangan Vietnam

0
1

PERJUANGAN Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berakhir setelah tewas 1-2 kepada Vietnam di Dubai awal pagi tadi.

Pada suatu ketika skuad bimbingan Tan Cheng Hoe berjaya mengikat Vietnam menerusi sepakan penalti Guilherme de Paula pada minit ke-72.

Namun Vietnam turut memperoleh penalti yang disudahkan Que Ngoc Hai pada minit ke-82 untuk menamatkan sisa-sisa perjuangan Harimau Malaya.

Penalti diperoleh Vietnam boleh dipertikai apabila ulang tayang di televisyen menunjukkan tiada sentuhan dilakukan Brendan Gan terhadap pemain lawan.

Sebelum itu Vietnam membuka jaringan menerusi tandukan Nguyen Tien Linh pada minit ke- 27.

Malaysia mempamer aksi lebih baik berbanding ketika tewas kepada UAE namun masih belum cukup sekurang-kurangnya meraih satu mata.

Dengan kekalahan itu Malaysia kekal menghuni tangga keempat dengan sembilan mata hasil tiga kemenangan dan empat kalah, manakala Vietnam terus mendahului Kumpulan G di hadapan UAE dan Thailand

Dalam aksi terakhir selepas ini, Malaysia akan mengakhiri aksi menentang Thailand. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here