Penghantar makanan, pelanggan ditangkap isu sensitiviti agama

0
1
{"uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1623417819426","source":"other","origin":"unknown"}

POLIS menahan lima penghantar makanan yang dipercayai terbabit dalam kes pukul pelanggan yang dikatakan menggunakan nama menyentuh sensitiviti agama ketika membuat pesanan di Sungai Way, Petaling Jaya hari ini. 

Turut ditahan pelanggan terbabit yang berusia 29 tahun selepas dia dipukul dan dibawa ke polis oleh kumpulan penghantar makanan terbabit.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Fakhruddin Abdul Hamid, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang penghantar makanan berusia 19 tahun pada jam 2.30 petang berhubung perkara itu.

Menurutnya, penghantar makanan itu tidak berpuas hati terhadap seorang pelanggan yang mana telah menggunakan nama menyentuh sensitiviti agama ketika membuat pesanan. 

“Pengadu telah membuat tangkap layar pesanan daripada pelanggan terbabit serta menularkannya ke aplikasi komunikasi kumpulan penghantar makanan di kawasan berkenaan.

“Keadaan ini telah menimbulkan kemarahan kepada sekumpulan penghantar makanan yang lain dan mereka telah pergi ke rumah pelanggan itu yang terletak di Sungai Way,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pelanggan yang juga warga tempatan itu kemudiannya dipukul oleh kumpulan terbabit dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sungai Way untuk tindakan selanjutnya.

“Tangkapan telah dibuat ke atas pelanggan dan juga lima penghantar makanan lelaki juga warganegara tempatan berusia 19 hingga 40 tahun selepas disyaki terbabit dalam kejadian itu.

“Polis masih mengesan lain-lain suspek yang masih bebas dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan perkataan yang melukakan perasaan seseorang dan juga Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Beliau menasihatkan masyarakat agar tidak menimbulkan apa-apa isu atau membuat provokasi yang menyentuh sensitiviti agama dan bangsa lain hingga boleh menggugat ketenteraman awam serta keharmonian masyarakat.

“Masyarakat juga diingatkan tidak mengambil tindakan melangkaui undang-undang dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here