‘Pak guard’ kena lempang gara-gara minta periksa suhu

0
1

SEORANG pengawal keselamatan dilempang oleh pelanggan sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu, selepas menegur pelanggan itu memeriksa suhu sebaik memasuki pintu masuk pasar raya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang pada 7 Jun ketika orang ramai membeli barang keperluan semasa sekatan pergerakan penuh.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Abdul Rahim Daud mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kita sedang mengesan orang yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video seorang pengawal keselamatan ditenangkan pekerja pasar raya berkenaan sebaik sahaja dia jatuh akibat ditampar oleh seorang pelanggan kerana meminta untuk memeriksa suhu terlebih dahulu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here