SPM 2020: 9,411 raih A semua mata pelajaran

0
1
Pelajar tingkatan 5 hadir ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri sebagai permulaan sekolah hari ini. Pelajar calon peperiksaan utama 2020 memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

SERAMAI 9,411 daripada 401,105 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 memperoleh A dalam semua mata pelajaran, meningkat sedikit berbanding 8,876 calon pada 2019.

Kementerian Pendidikan dalam Laporan Analisis Keputusan SPM 2020 berkata, bilangan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran juga menunjukkan peningkatan, iaitu 77,731 calon berbanding 77,038 pada 2019.

“Seramai 144,447 calon mendapat sekurang-kurangnya lulus semua mata pelajaran, penurunan sedikit berbanding 147,738 calon berbanding tahun sebelumnya,” menurut laporan itu.

Dalam pada itu, 43 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, 39 mata pelajaran mencatatkan penurunan dan satu mata pelajaran kekal daripada keseluruhan 83 mata pelajaran yang ditawarkan dalam SPM 2020.

“Antara subjek teras yang mencatatkan peningkatan adalah Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik dan Sains, manakala subjek yang merekodkan penurunan adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.”

Jurang pencapaian calon di bandar dan luar bandar juga mengecil kepada 0.38% pada 2020 berbanding 0.44% pada 2019.

Bagaimanapun, pencapaian calon di luar bandar menunjukkan peningkatan lebih tinggi berbanding calon di bandar.

Terdahulu, dalam sidang media pagi tadi, Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, pencapaian calon SPM 2020 adalah lebih baik berbanding tahun 2019.

Katanya, keputusan SPM 2020 mencatatkan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun, dengan Gred Purata Nasional (GPN) ialah 4.80 mata berbanding 4.86 mata pada 2019. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here