‘Please help Muar out’, rayu Syed Saddiq

0
1

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan kira-kira 150 keluarga datang ke pejabatnya setiap hari untuk memohon bantuan bakul makanan, komputer riba atau tablet serta berkaitan vaksinasi.

Sehubungan katanya, beliua memerlukan lebih sumbangan dana untuk membantu komunti di kawasan Parlimennya yang berdepan kesukaran akibat kesan pandemik Covid-19.

“Ya Allah. Please help. Setiap hari 150 keluarga datang ke pejabat Muar saya minta bantuan Food Basket/tablet-Laptop/Vaksin.

“Mereka kongsikan tiada tempat lain nak pergi untuk dapatkan bantuan. Dah beli 1,000 food basket, tak sampai lima hari semua habis,” katanya dalam hantaran Facebook.

Syed Saddiq berkata, salah satu kekangan yang dihadapi adalah kerana peruntukan bagi Parlimen Muar telah ditarik.

Bagaimanapun, beliau telah menyumbangkan sebulan gajinya untuk sumbangan tetapi masih tidak mencukupi.

Oleh itu, Syed Saddiq memohon pihak yang mendapat peruntukan jutaan ringgit agar turun padang dan membantu golongan yang memerlukan.

“Saya dah sumbangkan gaji saya bulan Jun tapi masih tak cukup. Please help Muar out! Yang dapat peruntukkan kerajaan berjuta-juta, please turun padang dan bantu mereka,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Pengasas Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu mencuri perhatian ramai apabila menerusi #BotakChallenge melancarkan kempen mengutip sumbangan membeli 100 komputer riba berjumlah RM200,000.

Hasil kempen itu, 50 laptop berharga RM1,500 setiap satu telah diedarkan kepada pelajar-pelajar di sekitar Muar yang memerlukan. -Malaysiapost
.
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/01/22/syed-saddiq-cari-100-laptop-lagi/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here