SEBANYAK 5,671 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes di Malaysia kini meningkat kepada 639,562 kes.
Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor kekal mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 1,510 kes, diikuti Kuala Lumpur (769), Sarawak (631), Negeri Sembilan (593) dan Johor (524).
Kedah pula mencatatkan 309 kes baharu, Kelantan (262), Sabah (233), Melaka (184), Pulau Pinang (166), Perak (143), Pahang (112), Terengganu (108), Labuan (106), Putrajaya (18) dan Perlis dengan tiga kes. – Malaysiapost

