82 kematian baharu Covid-19 hari ini

0
1

SEBANYAK 82 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian setakat ini adalah 3,460 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian itu adalah membabitkan 80 orang warganegara dan dua bukan warganegara.

Menurutnya, bagi jumlah kumulatif kes Covid-19 sehingga kini adalah sebanyak 622,086 kes termasuk tambahan kes baharu hari ini 5,271 kes.

“Jumlah kes sembuh baharu adalah 7,548 kes menjadikan kumulatif kes sembuh 534,357 kes dengan 84,269 kes masih aktif.

“Kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula merekodkan 902 kes membabitkan 447 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, sebanyak 23 lagi kluster baharu dikesan hari ini menjadikan keseluruhan 2,361 kluster dikesan setakat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here