Kes baharu Covid-19 turun bawah 7,000 kes

0
1
grafik

JUMLAH kes baharu Covid-19 menurun dengan kes dilaporkan hari ini adalah 6,241, menjadikan kumulatif kes setakat ini adalah 616,815 sejak wabak berkenaan melanda negara.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebooknya hari ini, Selangor masih merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,178 kes menjadikan keseluruhan 202,146 kes, diikuti Sarawak 600 kes (51,171 kes kumulatif).

Johor mencatatkan 565 kes (61,543 kes kumulatif), Negeri Sembilan 556 kes (29,972 kes kumulatif), Kuala Lumpur 415 kes (62,917 kes kumulatif), Sabah 305 kes (63,870 kes kumulatif) dan Pulau Pinang 271 kes (30,753 kes kumulatif).

Di Kelantan pula merekodkan 270 kes (30,142 kes kumulatif), diikuti Melaka 225 Melaka (13,531 kes kumulatif), Labuan 212 kes (4,752 kes kumulatif), Perak 174 kes (22,426 kes kumulatif) dan Terengganu 158 kes (9,871 kes kumulatif).

Pahang mencatat 155 kes (10,726 kes kumulatif), manakala Kedah 125 kes (20,452 kes kumulatif), Putrajaya 30 kes (2,006 kes kumulatif) dan akhir sekali Perlis mencatatkan dua kes baharu menjadikan keseluruhan 537 kes kumulatif. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here