KADAR kematian akibat Covid-19 merekodkan penurunan hari ini kepada 87 kematian baharu, turun 22 berbanding 109 dicatatkan semalam.
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jumlah kumulatif kematian sehingga hari ini ialah 3,378 orang.
Dalam pada itu, seramai 5,133 pesakit sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembuh Covid-19 kepada 526,809 orang.
KKM juga memaklumkan seramai 880 pesakit mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala 444 orang dirawat dengan bantuan alat pernafasan.
Hari ini Malaysia merekodkan perkembangan positif susulan penurunan jangkitan harian Covid-19 dibawah angka 7,000 iaitu 6,241 kes baharu. – Malaysiapost

