12,887 peranti sudah diagih kepada murid – Radzi Jidin

0
1

SEBANYAK 12,887 unit peranti telah diagih kepada murid sekolah dari kelompok B40 melalui Program Cerdik setakat ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata inisiatif melalui Program Cerdik adalah projek rintis peranti di mana kumpulan sasarnya adalah 150,000 murid B40.

Menurutnya, Sekretariat pelaksananya adalah Yayasan Hasanah di mana murid akan menerima komputer riba dan akses internet untuk tempoh setahun.

“Setakat ini sebanyak 12,887 unit telah diagihkan ke 95 sekolah dalam 51 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di seluruh negara.

“Lagi 42,290 unit agihan dijangka selesai selewat-lewatnya 12 Jun ini dan 96,823 unit lagi akan selesai diagih akhir September ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berharap penjelasan itu dapat memberikan sedikit maklumat tentang apakah keadaan berkaitan dengan agihan 150,000 unit peranti di bawah Program Cerdik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here