TMJ jawab pertanyaan netizen mengenai Syed Saddiq

0
1

TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi sesi soal jawab di ‘Insta Story’, menjelaskan mengapa baginda kurang senang terhadap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman.

TMJ memberi penjelasan berhubung soalan dari pengikut Instagramnya yang mahu tahu kenapa baginda tidak menyukai Syed Saddiq kerana wakil rakyat muda itu dilihat membawa aspirasi dan suara orang muda.

“Promising how and in what way? What has he done since before? Go where the wind blows? This country needs honest, innovative and dedicated politicians. A man of principle. A man of principlej not a populist.” tulis TMJ.

Baginda berpendapat hanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar serta pegawai daerah yang telah banyak melakukan kebaikan untuk rakyat di Muar selama ini.

“As far as i am concern the only person who is doing good for Muar now is Tuanku Sultan Johor and our District Officer, weekly contribution for the last 4 years.” tulis baginda lagi.

Sementara itu, seorang lagi pengikut Instagram TMJ bertanya dan ingin tahu pandangan baginda sama ada tindakan Syed Saddiq yang dilihat banyak membantu rakyat Muar adalah bertujuan meraih populis.

Namun, baginda memilih menjawab soalan itu dengan cara bertanya semula dan menasihatkannya jangan hanya menggunakan media sosial untuk menilai seseorang.

“His people? Is he from Johor? Is he from Muar? Are you from Johor? Are you from Muar?

“Do you receive weekly reports from District Officer? Do you receive weekly reports from ketua kampung or penghulu?

“Getting the job done om the ground and pretending to do your jobs on social media is two different things.” tulis TMJ. – Malaysiapost

Foto Kredit: IG/syedsaddiq dan IG/hrhcrownprinceofjohor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here