Sektor perniagaan bukan ‘essential services’ tidak boleh beroperasi

0
2
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

KERAJAAN mengambil serius berkaitan industri dan premis perniagaan yang tiada  dalam senarai ‘essential services’ beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. 

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, kerajaan sentiasa memandang serius isu pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) dan sebagainya. 

“Saya baru sahaja selesai mempengerusikan mesyuarat strategi pematuhan SOP Covid-19 hari ini bagi memastikan tindakan agensi penguatkuasaan dan pematuhan dalam kalangan pemilik premis perniagaan dan sektor perkilangan. 

“Task Force Operasi Pematuhan ini akan memfokuskan kepada pematuhan dan perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Ismail Sabri, sehingga 1 Jun lalu beberapa kementerian telah mengambil  tindakan ke atas kilang dan premis perniagaan yang melanggar perintah dan arahan  PKP seperti beroperasi lebih waktu, beroperasi dengan lebih 60 peratus pekerja dan  juga beroperasi walaupun telah diarahkan 

tutup. 

“Justeru, kerajaan telah membuka talian hotline bagi membolehkan orang ramai  membuat aduan melalui Malaysian Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-80008000, [email protected] atau emel ke aduan.pematuhan.mkn.gov.my ,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here