Covid-19: 109 kematian, paling muda berusia 27 tahun

0
2

JUMLAH kematian akibat Covid-19 kembali mencecah tiga angka hari ini dengan merekodkan 109 kes kematian baharu.

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan, jumlah itu kedua tertinggi selepas 126 kes dicatatkan pada 2 Jun lalu yang menjadikan korban kini mencecah 3,291 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 109 kematian melibatkan 33 kes di Selangor, Johor (22), Kuala Lumpur (12), Negeri Sembilan (9), Kelantan (6), masing masing di Kedah dan Melaka (5), Perak (4), Labuan (3).

Manakala, masing-masing dua kes di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Pahang serta masing-masing satu di Terengganu dan Putrajaya.

“Kes kematian itu membabitkan 105 warganegara dan empat bukan warganegara,” katanya.

“Korban termuda berusia 27 tahun, manakala paling tua berusia 98 tahun dengan majoritinya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti kencing manis, jantung, darah tinggi, buah pinggang dan strok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham juga berkata, terdapat 88,898 kes aktif, dengan 446 daripada 886 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here