86 kematian baharu Covid-19 hari ini

0
1

SEBANYAK 86 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian setakat ini adalah 3,182 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes kematian itu adalah membabitkan 83 warganegara dan tiga bukan warganegara.

Menurutnya, bagi jumlah kumulatif kes Covid-19 sehingga kini adalah sebanyak 603,122 kes termasuk tambahan kes baharu hari ini 7,748 kes.

“Jumlah kes sembuh baharu adalah 6,624 kes menjadikan kumulatif kes sembuh 515,571 kes dengan 84,396 kes masih aktif.

“Kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula merekodkan 883 kes membabitkan 459 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, sebanyak 23 lagi kluster baharu dikesan hari ini menjadikan keseluruhan 2,284 kluster dikesan setakat ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here