‘Lockdown’ keputusan sukar tapi terpaksa dibuat – Muhyiddin

0
2

KEPUTUSAN untuk melaksanakan ‘lockdown’ adalah satu keputusan yang sukar tetapi terpaksa dibuat, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh yang dilaksanakan bermula esok akan berjaya atau tidak semuanya terserah kepada rakyat serta ketentuan Ilahi.

“Kerajaan telah menutup hampir semua sektor ekonomi dan sosial untuk mengurangkan pergerakan rakyat dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Saudara dan saudari dikehendaki duduk di rumah, stay at home. Saya ulangi stay at home dan sentiasa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Jika saudara dan saudari gagal mematuhi arahan ini, maka kita semua akan gagal, na’uzubillah,” katanya dalam dalam perutusan khas Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, malam ini.

Muhyiddin juga menerusi perutusan tersebut menasihati dan memberi semangat kepada petugas barisan hadapan supaya terus bertabah.

“Saya tahu anda semua penat berperang melawan virus ini sejak lebih setahun yang lalu. Saya ingin ulangi penghargaan kerajaan yang tidak terhingga atas segala jasa dan pengorbanan para frontliners kita di seluruh negara.

“Saya doakan agar anda semua terus diberikan kekuatan oleh Allah untuk mengharungi cabaran dan dugaan yang amat besar ini,” ujarnya.

Beliau juga mendoakan agar semua pesakit yang sedang bertarung melawan virus Covid-19 akan diberikan kesembuhan segera.

“Saya dengan penuh dukacitanya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa Covid-19 yang telah meninggal dunia.

Mudah-mudahan anda semua tabah menghadapi dugaan yang amat berat ini.

“Marilah kita bersama-sama panjatkan doa ke hadrat Allah mudah-mudahan wabak yang sedang melanda negara kita dan seluruh dunia pada masa ini segera berakhir. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here