Perkhidmatan bot ekspres di Kapit, Sibu ditangguh

0
1

KONTROLER Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) menangguhkan sementara sektor pengangkutan awam sungai bagi bot ekspres di bahagian Kapit dan Sibu bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

LSS dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat setelah menerima persetujuan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Kapit dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

“Penangguhan sementara ini melibatkan laluan ulang alik dari Kapit-Putai, Sibu-Putai, dan Kapit-Belaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

LSS turut menasihatkan agar semua pengusaha bot ekpres serta bot penumpang memberikan kerjasama bagi membantu memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 di bahagian Kapit.

“Kegagalan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) boleh membawa kepada tindakan undang-undang, penarikan balik kebenaran beroperasi atau apa-apa tindakan yang berkaitan,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing menggesa perkhidmatan bot ekspres di Sarawak dihentikan serta-merta.

Ia berikutan tindakan masyarakat yang ingkar dan pulang ke kampung halaman di Kapit menggunakan perkhidmatan tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here