KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan jumlah kes pandemik Covid-19 boleh mencecah angka 13,000 kes menjelang 14 Jun mengikut trend terkini peningkatan graf jangkitan Covid-19 di negara ini.
Berdasarkan trend tersebut, kadar kebolehjangkitan semalam sehingga 14 Jun meningkat kepada 1.2 berikutan ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).
“Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt jangkaan mengikut kes seharian pada 28 Mei 2021 untuk seluruh negara ialah 1.15,” katanya menerusi Facebook, hari ini.
Semalam, krisis Covid-19 semakin buruk apabila Kementerian Kesihatan Malaysia Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 8,290 kes positif direkodkan.
Angka tersebut merupakan yang tertinggi selama empat hari berturut-turut bermula Selasa lalu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif kini sebanyak 549,514. – Malaysiapost

