SELAIN perayaan dan aktiviti rentas negeri, Malaysia berdepan kluster tempat kerja iaitu sejak gelombang kedua dan awal gelombang ketiga wabak Covid-19 lagi.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan berkata, sehingga semalam jumlah keseluruhan kluster aktif adalah sebanyak 593.
“Jumlah kluster tempat kerja yang masih aktif adalah 233 kluster (39 peratus daripada kluster masih aktif) melibatkan 16,785 kes aktif.
“Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa pada 12 Mei 2021, sekatan dan penutupan sektor telah dibuat termasuk arahan bekerja dari rumah,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, jika dibandingkan sebelum PKP 3.0 terdapat pengurangan bilangan sub-kluster yang dilaporkan setiap minggu bagi sub-kluster iaitu pentadbiran awam; pembinaan; dan perkhidmatan. – Malaysiapost

