PM saran amalkan ‘self lock down’, putuskan rantaian Covid-19

0
1

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha dan berharap perayaan itu dapat diraikan dalam norma baharu bersama ahli keluarga di rumah dengan suasana yang ceria.

Muhyiddin berkata, beliau berharap perayaan Wesak tahun ini dapat memberi semangat dan iltizam baharu kepada semua penganut agama itu supaya terus cekal dalam mengharungi segala cabaran demi kebaikan bersama dan masa depan negara yang lebih cerah.

“Dalam kita berhadapan dengan situasi pandemik yang luar biasa ketika ini, sama-samalah kita amalkan ‘self lockdown’ atau kawalan pergerakan kendiri dan juga keluarga untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Elakkanlah daripada meninggalkan rumah kecuali atas urusan-urusan penting. Bagi mengurangkan perkumpulan beramai-ramai bersempena perayaan, patuhilah arahan hanya ketua agama dan jawatankuasa pengurusan kuil sahaja dibenarkan mengunjungi rumah ibadat,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Muhyiddin mengajak rakyat bersama-sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa untuk membendung penularan Covid-19 agar wabak itu segera berakhir.

“Ini bagi membolehkan kita dapat kembali meraikan perayaan di negara kita dengan meriah seperti dahulu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here