Sabah perketat SOP kekang penularan Covid-19

0
2

BAGI mengekang penularan Covid-19, Kerajaan Sabah membuat ketetapan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) di pusat beli-belah, pasar raya, kedai runcit dan premis jualan barangan lain, bermula esok.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memastikan pematuhan SOP ditetapkan termasuk mengehadkan masa lawatan pengunjung kepada hanya sejam.

Beliau berkata, setiap pelanggan juga harus ada ruang 18.58 meter persegi (200 kaki persegi) dalam sesebuah premis bagi membolehkan penjarakan fizikal dilaksanakan secara berkesan.

“PBT dikehendaki menetapkan maksimum bilangan pengunjung kepada 50 peratus kapasiti sesebuah premis, manakala operasi perniagaan premis berkenaan pula hanya dibenarkan hingga jam 9 malam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, perniagaan restoran termasuk di hotel, dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 10 malam.

“Manakala yang lain seperti kedai makan, kedai dobi, kedai gunting rambut dan pusat cuci kenderaan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 9 malam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here