‘Mak buka mata, mengucap mak’

0
1

VIDEO lapan sekeluarga meratap kesedihan melihat ibu yang sedang bertarung nyawa dalam panggilan video nyata meruntun hati netizen hari ini.

“Mak buka mata mak, bangun mak, mengucap mak, ampunkan dosa mak, Ya Allah,” kata seorang wanita kepada ibunya yang dipercayai pesakit Covid-19 dan sedang dirawat di hospital.

Video berdurasi satu minit 37 saat itu tular di media sosial memaparkan ahli keluarga berkumpul di panggilan video untuk menyaksikan saat-saat akhir ibu mereka dijemput Ilahi susulan larangan mengunjungi hospital kerana pesakit Covid-19.

Turut kedengaran, suara seorang wanita mengajar ibu mereka mengucap dua kalimah syahadah.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku di Hospital Shah Alam dan wanita itu meninggal dunia tidak lama kemudian.

Seorang lelaki dipercayai menantu kepada wanita itu telah berkongsi catatan di media sosial mengenai kisah sedih keluarga mereka.

“Hari ini 24 Mei pukul 4.45 pagi tadi, ibu mentua kesayangan saya telah kembali ke rahmatullah. Meninggal dunia di Hospital Shah Alam. Arwah meninggal sebab Covid-19. Tiga minggu dalam ICU (unit rawatan rapi) sebab sesak nafas perlukan bantuan oksigen.

“So, (jadi) punca kena (dijangkiti) Covid adalah kerana kakak ipar dapat melalui kawan ‘office’ dia. Kakak ipar jumpa mak mentua saya cium tangan dan berborak (berbual) rapat-rapat. Bila kakak ipar pergi buat ‘swab test’ positif (Covid-19).

“Bawa mak mentua pergi ‘test’ terus positif. Boleh bertahan tiga minggu sahaja selepas itu meninggal dunia. Jadi hati-hati kawan-kawan semua ya,” katanya menerusi tangkap layar yang tular di Facebook, hari ini.

Tangkap layar itu menyatakan doktor akan membuat panggilan video kepada ahli keluarga apabila tahap oksigen pesakit terlalu rendah.- Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here