KKM pantau bekalan gas perubatan oksigen

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) sentiasa memantau pengurusan sistem gas perubatan di semua fasilitinya bagi memastikan bekalan gas perubatan oksigen mencukupi kepada pesakit Covid-19 yang dirawat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata peningkatan kes Covid-19 menyebabkan penggunaan gas perubatan oksigen juga meningkat secara mendadak.

Katanya, KKM dari semasa ke semasa mengadakan sesi libat urus bersama pihak pembekal dalam menangani isu pertambahan keperluan bekalan gas perubatan oksigen ini.

“Pada masa ini pengurusan gas perubatan oksigen di fasiliti kesihatan menggunakan tangki VIE (vacuum insulated evaporator) dan portable cylinder yang mana pembekalan cecair oksigen untuk tangki VIE adalah mencukupi.

“Pihak pembekal mempunyai keupayaan untuk menghasilkan bekalan cecair oksigen lima kali ganda daripada bekalan sedia ada, ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, bekalan portable cylinder juga mencukupi dan masih mempunyai simpanan 20,000 unit yang boleh digunakan pada bila-bila masa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here