MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) menafikan berita yang sedang tular berkaitan siaran langsung perutusan khas Covid-19 oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Menerusi Facebook rasmi, MKN memaklumkan perkara itu adalah palsu dan menyeru semua pihak menghentikan penyebaran berita tidak benar itu.
“Tiada siaran langsung YAB Perdana Menteri berkaitan COVID19/PKP akan diadakan pada hari ini,”kata MKN.
Terdahulu, tersebar berita di media sosial bahawa Perdana Menteri akan mengadakan perutusan khas susulan jangkitan Covid-19 yang semakin kritikal ketika ini
Ia dipercayai susulan mesyuarat khas MKN hari ini yang dijangka akan memutuskan pendirian kerajaan berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh. – Malaysiapost.

