DUA Instafamous Israel gagal mengawal emosi dan kelihatan ‘koyak’ ketika bersiaran langsung panggilan video dengan penyanyi rap tanah air, Caprice baru-baru ini.
Panggilan video menerusi instagram yang berlangsung senalam, telah menarik perhatian warganet apabila Instafsmous Israel yang dikenalin dengan nama Shiraz dan Orin itu mula ‘koyak’ sebaik diajukan beberapa soalan mengenai penjajahan Zionis terhadap Palestin.
Sebelum siaran berlangsung, Caprice telah meminta semua peminat dan warganet yang ingin menonton sesi ‘Live IG’ itu supaya tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan meminta semua mengawal emosi.
Dua wanita itu gagal mengawal emosinya dan sering dilihat meninggikan suara ketika Caprice mengajukan soalan berkaitan fakta mengenai Palestin dan Isreal.
Shiraz kelihatan terlalu emosi apabila ditanya mengapa Israel mahu mengambil tanah Palestin sedangkan mereka hanya ‘pendatang’ dan jawapannya mudah kerana mereka tiada tempat tinggal untuk dituju dan mahu mengambil semula tanah mereka.
Perdebatan selama hampir dua jam itu telah mendapat pujian warganet kerana Caprice kelihatan tenang dapat mengawal situasi tegang dan tetap mengeluarkan fakta mengenai Palestin dan Israel sehingga ada masanya dua wanita terbabit terdiam seketika.
Warganet juga mengucapkan tahniah kepada Caprice kerana tampil proaktif menganjurkan ‘Live IG’ untuk memberi kesedaran dan fakta kepada umum khusus buat penduduk di Israel.
Sehingga kini, ‘Live IG’ itu telah mendapat 1,232,271 tontonan daripada warganet
Namun, terdapat juga pelayar Instagram turut meluahkan rasa kurang senang kepada Shiraz dan Orin kerana memutarbelitkan fakta dan memberi respons dengan kasar serta tidak menjawab pertanyaan dengan tepat.
Kata @kina2505, “Sepertinya Israel telah memutarbelitkan sejarah mereka. Mungkinkah pemerintah mereka mendidik tentang sejarah dan idealisme yang salah? Seperti mereka berfikir bahawa dunia semua membencinya dan berusaha untuk membunuh mereka sedangkan ia bukan seperti itu”. – Malaysiapost

