6,493 kes positif Covid-19 dicatatkan hari ini

0
1
grafik

MALAYSIA terus merekodkan peningkatan jangkitan Covid-19 melebihi 6,000 dengan 6,493 kes baharu dicatatkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan jangkitan paling tinggi iaitu 2,163 kes baharu.

Ia diikuti Kuala Lumpur (641), Sarawak (612), Kedah (434), Johor (406), Perak (382) dan Negeri Sembilan (370).

Sementara, Kelantan mencatat 467 kes, Perak (382), Kedah (434), Melaka (165), Pahang (161), Terengganu (139), WP Labuan (84) WP Putrajaya (20) dan Perlis sebanyak tiga kes.

Setakat 21 Mei ini, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Malaysia ialah 498,795 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here