Tiga keris dibida RM42,500 demi Palestin

0
1

HASIL lelongan tiga keris koleksi peribadi Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berjaya mengumpul sebanyak RM42,500 yang akan disalurkan kepada rakyat Palestin yang kini diserang rejim Zionis.

Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS, berkata bidaan bagi kesemua keris berkenaan tamat jam 6 pagi semalam selepas dibuka untuk lelongan selama 24 jam.

“Keris pertama dibida pada harga RM17,000. Manakala keris kedua dan ketiga sebanyak RM9,000 dan RM6,500.

“Seorang pembida yang tidak berjaya juga menyatakan untuk terus menyumbang sebanyak RM10,000,” katanya melalui satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, proses bidaan itu dikelolakan oleh Pertubuhan Cakna Palestin dan semua bayaran juga telah selesai dipindahkan dari pembida dan penderma terus ke akaun Cakna Palestin.

“Pagi esok, Khamis 20 Mei 2021, saya akan membuat pengumuman nama-nama mereka yang telah berjaya dan membuat serahan keris-keris berkenaan.

“Bidaan amal keris ini adalah salah satu tarikan dan usaha menggiatkan kempen #Aid4Palestine dan orang ramai boleh terus menyumbang dalam pelbagai bentuk dan saluran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here