Pemuda Umno anjur forum antarabangsa isu Palestin

0
1

PEMUDA Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menganjurkan forum antarabangsa mengenai nasib dan masa depan Palestin dalam tempoh terdekat.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pihaknya kini sedang bekerjasama dengan 34 negara lain untuk mengusahakan penganjuran forum berkenaan.

“InsyaAllah 20 hari bulan ini pimpinan-pimpinan sayap Pemuda Parti-Parti setakat ini daripada 34 negara sudah menyatakan persetujuan akan sepentas melalui saluran Youtube dan Facebook,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Asyraf berkata, penganjuran forum berkenaan adalah usaha untuk menyampaikan mesej kepada dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta kuasa besar dunia mengenai isu Palestin.

“Apa sahaja usaha untuk menyampaikan mesej kepada dunia terutama PBB dan kuasa-kuasa besar mengenai isu Palestin.

“Ia amat penting bagi menzahirkan solidariti masyarakat dunia terhadap nasib Palestin yang berterusan ditindas, diperkosa hak mereka dan diperkotak-katikkan di tanah air sendiri oleh penjajah rejim Israel,” katanya.

Sebelum ini, Malaysia menyatakan pendirian akan terus memberikan sumbangan kepada Palestin, selain kepada badan antarabangsa bagi membantu penduduk di negara itu.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata rakyat Malaysia juga diseru untuk turut sama membantu dengan memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin, melalui tabung sah.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan keprihatinan badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia serta rakyat Malaysia yang sentiasa membantu rakyat Palestin.

“Segala usaha dan sumbangan saudara dan saudari semua amatlah bermakna bagi rakyat Palestin,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here