Facebook Mufti Perlis disekat 30 hari kerana kecam Israel

0
1

MUFTI Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memaklumkan akaun Facebook beliau telah disekat selama 30 hari oleh Facebook Inc bermula hari ini.

Beliau berkata, tindakan penggantungan akaun Facebooknya itu dipercayai dilakukan selepas beliau memuat naik artikel yang pernah ditulisnya pada 17 Januari 2009, yang diolah semula dan disiarkan hari ini.

“FB ini dibanned selama 30 hari, kerana mengeluarkan artikel ini,” katanya seperti dilapor portal Agenda Daily.

Difahamkan, artikel yang diterbitkan beliau itu bertajuk ‘Isu Yahudi: Hitler mungkin ada alasannya’, adalah olahan semula daripada artikel berjudul ‘Hitler itu mungkin ada benarnya’, yang beliau tulis pada 17 Januari 2009 ketika berada di Osnabruck, Jerman – sebuah bandar bersejarah termasuk sejarah Hitler.

Mohd Asri berkata, beliau pernah ditegur oleh salah sebuah kedutaan Barat ketika artikel itu diterbitkan dahulu.

“Saya ulangsiar semula dengan sedikit suntingan artikel tersebut pada hari ini dalam keadaan dunia membantah kejahatan Yahudi Israel,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here