Video raya himpun keluarga, Neelofa didakwa langgar SOP Aidilfitri

0
1

SELEBRITI popular, Neelofa sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri dengan menyambut hari raya bersama lebih 10 ahli keluarganya di sebuah kediaman di Ampang pada 13 Mei lalu.

Kontroversi berkenaan mula menjadi perhatian selepas kakak Neelofa iaitu Noor Nabila memuat naik sebuah video di dalam laman Twitter.

Video berdurasi 27 saat tersebut menjadi tular sejak tengah hari tadi.

Menerusi video dengan kapsyen `1 Syawal yang penuh mulia’ tersebut kelihatan ahli keluarga Neelofa berkumpul pada pagi Syawal dan bersalaman antara satu sama lain.

Susulan kes tersebut, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, majlis itu disyaki berlangsung di kediaman selebriti tersebut di Hulu Kelang, Ampang.

Menurutnya, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah menerima laporan polis berkaitan isu terbabit dan siasatan akan dijalankan di bawah Peraturan 17 Peraturan Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Kita akan memanggil yang terlibat dalam aktiviti beraya itu untuk diambil keterangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Neelofa sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi selepas melanggar SOP dengan merentas negeri ke Pulau Langkawi di Kedah dan Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya, Haris Ismail.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here