ATM pantau, tingkatkan keselamatan siber

0
1

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan meningkatkan dan memantau aspek keselamatan dan pertahanan siber dalam memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan ATM dapat ditangani.

Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang, berkata tindakan serta langkah sewajarnya perlu dilaksanakan oleh pentadbir sistem siber sebagai langkah menangani apa juga kemungkinan tindak balas serangan siber anasir asing yang boleh mengganggu pengoperasian sistem siber ATM serta Kementerian Pertahanan.

“Adalah ditegaskan bahawa ATM sentiasa memantau dan mempertingkat aspek keselamatan siber dari masa ke masa melalui peranan yang digerakkan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta Pusat Operasi Pertahanan Siber ATM (CDOC).

“BSEP dan CDOC bukan sahaja memperkukuh rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, arahan dan langkah yang dikeluarkan CDOC yang tular menerusi media sosial sebelum ini merupakan arahan amalan biasa untuk peringatan.

Semalam, tular menerusi media sosial mengenai satu arahan dalaman ATM menyatakan ATM perlu meningkatkan pertahanan siber negara ekoran ancaman siber dari Israel. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

https://malaysiapost.com.my/2021/03/24/atm-tingkat-kesiapsiagaan-sekat-ancaman-siber/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here