Tiada janji, tapi lihat bukti – Wan Rosdy

0
1

KELUARAN Dalam Negara Kasar (KDNK) kini bernilai RM58.3 billion, pengurangan kadar hutang negeri dari RM3.22 billion kepada RM931 juta dan kutipan hasil tertinggi dengan nilai RM850.4 juta.

Itu antara kejayaan dinyatakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sepanjang tiga tahun pentadbiran beliau.

Wan Rosdy menerusi kenyataan berkata Pahang juga menjadi negeri paling aktif melaksanakan pelbagai inisiatif pemuliharaan alam sekitar.

“Kita telah memulihkan semula sungai-sungai yang tercemar, pertambahan kawasan hutan simpan dan melaksanakan program pemuliharaan yang ekstensif di kawasan hutan tadahan hujan.

“Dari segi bantuan rakyat di waktu kecemasan, kerajaan Pahang meningkatkan keupayaan jentera pentadbiran negeri dalam pengurusan bencana, termasuk memberi bantuan segera dan susulan demi memudahkan mangsa bencana.

“Projek pembangunan rakyat seperti perumahan rakyat termiskin, penyediaan peluang latihan dan pekerjaan, peningkatan kualiti pembinaan fasiliti awam dan sektor perkhidmatan awam turut ditambah baik bagi manfaat rakyat Pahang,” katanya.

Selain itu, Wan Rosdy berkata sungguhpun keadaan ekonomi dunia yang malap, Pahang tetap unggul dengan keupayaan menarik lebih banyak pelaburan dari dalam dan luar negara.

Sebagai contoh, katanya, dalam tempoh tiga tahun ini kerajaan negeri telah menerima pelaburan dengan nilai RM1.134 billion dari Singapura dan RM1.12 billion dari Thailand.

“Kerajaan Pahang sentiasa optimis dengan masa hadapan kerana sungguhpun terpaksa berhadapan cabaran seperti Covid-19 dan ekonomi dunia tidak menentu, kita kini mempunyai ekosistem pembangunan dan mekanisma pelaksanaan yang lengkap bagi menghadapi apa jua situasi mendatang.

“InsyAllah, akan ada lebih banyak lagi polisi dan inisiatif baharu akan diumumkan pada masa akan datang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here